Ustaz Hashim menerangkan kaedah sebutan yang tepat |
Sepanjang
dua jam sessi beliau di PTRAF-NS, Ustaz Hashim telah mencurahkan pelbagai ilmu
dan pengalaman beliau kepada para pelajar dalam menghadapi cabaran dan tekanan
suasana semasa ujian tilawah Al-Quran. Beliau telah berkongsikan tips-tips
mengurangkan gemuruh sebelum persembahan dan juga teknik lontaran suara yang
tepat agar persembahan menjadi lebih mantap dan bertenaga.
Sessi
bimbingan khas oleh Ustaz Hashim ini merupakan siri pertama dari beberapa siri
yang telah dirancang oleh PTRAF-NS melalui Biro Agama & Pelajarannya dalam
mendedahkan para pelapis Qari dan Qariah Negeri Sembilan kepada ilmu dan
pengalaman dari Qari dan Qariah yang telah berjaya di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
No comments:
Post a Comment