15 DIS 2016 - Persatuan Tarannum Raudhatul Furqan Negeri Sembilan ( PTRAF-NS ) yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah mengadakan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan kali ke-2 dan Majlis Ujian Tilawah Al-Quran pada 14 & 15 Dis 2016 bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi.
Seramai 77 orang peserta dikalangan ahli dari seluruh daerah dalam Negeri Sembilan menyertai majlis tilawah tersebut yang terdiri daripada qari dan qariah yang sering menyertai majlis tilawah al-Quran peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Selesai majlis tilawah, majlist telah diteruskan dengan Mesyuarat Agong yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Abu Ubaidah Bin Dato’ Haji Mohd Redza, Exco Kerajaan Negeri Sembilan merangkap penasihat kepada PTRAF NS. Dalam ucapan perasmian, beliau telah menekankan supaya umat islam mendekatkan diri dengan al-Quran. Menurut beliau orang yang membaca al-Quran akan dijauhkan dari fitnah manusia kerana dekatnya mereka dengan Maha Pencipta.
Ahli Jawatankuasa PTRAF NS Sesi 2017/2018 |
Artikel di akhbar Sinar Harian (23/12/2016) melaporkan Mesyuarat Agong PTRAF 2016 |