05 & 07 DIS 2016 - PTRAF NS baru-baru ini telah menjalankan Ujian Tilawah bagi para pelajar Kelas Asas. Ujian tilawah ini merupakan kali kedua diadakan oleh pihak persatuan, bertujuan untuk menilai pencapaian para pelajar Kelas Asas dalam menguasai beberapa jenis tarannum Al-Quran. Pada tahun ini lebih 40 orang pelajar telah mengambil bahagian, yang mana ia merangkumi peserta kategori remaja dan dewasa (lelaki dan perempuan).
Para pelajar yang berjaya di dalam ujian ini akan menerima Sijil Asas Tarannum dan seterusnya ditawarkan untuk memasuki Kelas Pengukuhan Tarannum bagi mempertingkatkan lagi menguasaan dan mendedahan mereka kepada seni bacaan al-Quran.
Sila klik untuk gambar-gambar di sekitar Ujian Tilawah Asas: https://goo.gl/photos/eQDGPpto3VJi6HEe8
Info: Pengambilan pelajar ke Kelas Asas 2017 kini sudah dibuka. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 010-3633275 atau datang terus ke Pejabat PTRAF NS.
No comments:
Post a Comment